syafiqzainol.blogspot.com

syafiqzainol.blogspot.com

.

.

Friday 2 January 2015

"Berusaha Mencari Diri"

Hidup di dunia ini
seperti perjalanan
yang terlalu panjang
dan terlalu banyak
perhentian sementara.


Hingga kadang-kadang
terlupa sebenarnya
diri ini hendak ke mana.


2014 telah pun melabuhkan tirai.
Umur pun semakin meningkat dewasa.
Namun pemikiran aku masih sama.

Selalu cakap pada diri;
"Aku nak jadi dewasa,"
Aku nak lihat segalanya dari sudut yang berbeza.
Aku mahu fahami diriku.
Aku mahu jadi insan yang berjaya kawal diriku.

Tapi malangnya, aku masih rapuh;
Rapuh imanku, rapuh langkahku.

Namun rapuhku bukan selamanya.
Akan kucari penghujung kerapuhan ini,
Akan aku jumpa penghujungnya nanti 
Penghujung yang juga satu permulaan.
Untuk sampai ke situ,
Aku perlu bantuanmu,
Aku perlu kudratmu
Bantulah aku,
Wahai Tuhanku. 

Aku harap, 
Semoga aku tidak rapuh dalam pencarian kerapuhan,
Semoga aku tidak jatuh bila bertemu permulaan,
Bantuan Allah telah lama tiba,
Mungkin saja hatiku belum sedia,
Sesungguhnya manusia yang kuat adalah mereka yang tahu kelemahan mereka sendiri.


Lembaran baru 2015 dibuka indah, untuk aku terus berusaha mencari diri. 
Salam Maulidur Rasul 1436H.

-Syafiq Zainol-